Bagaimana meletak / mengenakan kata Ialuan (password) pada Google Form ? Kata laluan dikenakan pada borang Google Form supaya pengguna-pengguna Google Form yang khusus sahaja dibenarkan isi borang.
Rujukan asal :
https://www.labnol.org/internet/password-protect-google-forms/28397/
1. Log-in, masuk ke dalam Google Form yang boleh disunting, editable. Pastikan anda sudah log-in sebagai Google User yang sah.
2. Selitkan satu soalan tinjauan sahaja, soalan tinjauan baru.
3. Taipkan "KATA LALUAN" sebagai tajuk mukadimah / pengenalan.
4. Pilih "short answer".
5. Ambil "Regular expression".
6. Pilih "matches" di ruang sebelahnya.
7. Selitkan kata laluan di antara simbol ^ dan $, pada ruang ketiga.
8. Masukkan arahan sekiranya pengguna mengenakan kata Ialuan yang salah. "Kata Ialuan anda salah! Cuba lagi."
9. Klik dan aktifkan "Required" .
10. Anda diingatkan supaya alihkan soalan tinjauan kata Ialuan anda ke ruang pertama teratas. Gunakan mouse left-click & drag /klik dan heret tetikus.
11. Klik ikon "=", add section
12. Klik go to section 2 (Untitled section).
13.Pastikan anda tukar nama "Untitled section" kepada nama /tajuk Google Form tinjauan sebenar.
14. Perhatikan "After section 1", "Go to section 2" (Tajuk Baru Sebenar Borang) akan berubah kepada tajuk baru.
No comments:
Post a Comment